SESI PENYERAHAN KIT COVID-19 DI DAERAH KUALA KANGSAR & TAIPING, PERAK.

PERAK, 23 Ogos 2021- Sesi penyerahan kit COVID-19 telah dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium Lubok Merbau, Kuala Kangsar hari ini. PPV yang berkapasiti 900 sehari ini beroperasi dengan tenaga kerja hampir 30 orang petugas barisan hadapan daripada pelbagai agensi.

Penyerahan kit COVID-19 telah diteruskan di TF Value Mart Taiping yang membuka kaunter pendaftaran vaksinasi secara manual sebagai kemudahan kepada penduduk di kawasan sekitar. Inisiatif hebat ini telah dikelolakan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Taiping.

Orang ramai yang masih tidak berdaftar sebagai penerima vaksinasi boleh daftarkan diri melalui beberapa kaedah seperti yang tertera di laman sesawang JKJAV, talian hotline, applikasi MySejahtera, hadir ke fasiliti kesihatan dan program lapangan ‘outreach’.

Bagi individu yang masih tidak menerima temujanji vaksinasi, giliran anda akan tiba tidak lama lagi. Bersama kita berusaha dalam mencapai imuniti kelompok.

     

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …