PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2021

JOHOR BAHRU, 22 Ogos 2021 – YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor Tahun 2021.

Pelancaran sambutan telah diadakan secara maya dan dalam talian dan disertai oleh jabatan-jabatan kerajaan di Negeri Johor menerusi siaran langsung melalui Facebook Makmur Johor dan Jabatan Penerangan Negeri Johor.

Jom sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan tahun 2021.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber :

Hasni Mohammad
Jabatan Penerangan Negeri Johor

#BulanKebangsaan2021

Antara gambar-gambar jabatan-jabatan kerajaan yang turut menyemarakkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor Tahun 2021.   

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …