PEMANTAUAN KETUA POLIS JOHOR KE PPV PERSADA, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 13 Ogos 2021 – YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor telah membuat pemantauan ke Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Persada, Johor Bahru, Johor. Ketibaan YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor telah disambut oleh YDH ACP Mohd Padzli bin Mohd Zain, Ketua Polis Daerah JBS.

Tinjauan ini adalah bertujuan untuk memantau kelancaran proses pemberian vaksin di Negeri Johor berikutan laporan kesesakan pada 12 Ogos 2021. Kesesakan yang berlaku adalah berpunca daripada peningkatan pemberian vaksinasi dari 6000 dos sehari kepada 8000 dos sehari. Selain itu, faktor lain terjadi kesesakan adalah disebabkan penerima yang datang dengan tidak mengikut masa yang ditetapkan dan juga faktor cuaca, di mana berlaku hujan dan menyebabkan orang ramai berkumpul di bawah khemah. Ketidakselarasan bagi penerima vaksin untuk menurunkan dan mengambil penumpang bagi tujuan vaksinasi juga menjadi salah satu punca kesesakan tersebut. Selepas tinjauan, penyelarasan telah dibuat dan keadaan pada hari berikutnya berada dalam keadaan yang terkawal dan memuaskan.

Turut hadir YDH Supt. Lim Jit Huey, Timbalan Ketua Polis Daerah JBS, YBHG. Mejar Muhammad Lufti Fahmi bin Rosseli, Pasukan 10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Floor Manager PPV Persada Johor, YBHG. En. Zainal Alias, Sales Manager Persada Johor, YBHG Tuan Haji Zainal bin Eran, Setiausaha Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat, Ketua Penyelaras PPV Persada Johor serta pengamal media.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
Sumber: FB Polis Johor

Artikel/Berita Terkini

LANGKAH PENCEGAHAN DENGGI

Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan denggi. Lakukan aktiviti gotong-royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala terutama …
Maklumat Lanjut

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut