INFO ON WHEELS (IOW) MERDEKA DAERAH TAMPIN DISAMBUT MERIAH

TAMPIN – Sempena bulan Kebangsaan tahun ini Pejabat Penerangan Daerah Tampin telah memulakan kempen bulan kebangsaan dengan melaksanakan hebahan bergerak Merdeka melalui Info on Wheels (IoW) Merdeka di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Tampin Noraini Mohd Nasir, IoW Merdeka merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penerangan dalam menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan dan dalam masa yang sama menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan penduduk setempat.

“Bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan, Pejabat Penerangan Daerah Tampin akan melaksanakan sebanyak 15 IoW Merdeka dan setiap hebahan yang disampaikan akan diselitkan dengan beberapa program menarik yang dipertandingkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia seperti pertandingan melukis Mural@Merdeka, pertandingan bercerita kanak-kanak dan pertandingan mewarna MyDoodle@Merdeka.

“Selain hebahan berkaitan pertandingan, pihak kami turut menghiburkan orang ramai dengan lagu-lagu patriotik menerusi unit bergerak kami,” ujarnya sewaktu melaksanakan IoW Merdeka di sekitar daerah ini, di sini semalam.

Ujar beliau lagi, meskipun ketika ini negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19, tetapi kempen kibar Jalur Gemilang tetap akan diteruskan dan dalam masa yang sama, setiap pegawai di lapangan akan dipastikan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kredit : Pejabat Penerangan daerah Tampin

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …