OP PATUH BERSEPADU ANJURAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH BIL. 5/2021

MENGLEMBU, 29 Julai 2021- Satu operasi pemantauan pematuhan SOP PPN Fasa 2 telah dilaksanakan di sekitar Menglembu, Ipoh yang merangkumi kawasan perindustrian dan tapak bina.

Kira-kira 16 orang anggota daripada PDRM, MKN dan JTK Negeri Perak telah terlibat dalam operasi ini dan hasil pemantauan mendapati dua kompaun telah dikeluarkan atas kegagalan individu untuk memakai pelitup muka dibawah Sekyen 21A Ordinan Darurat & Peraturan 17 Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Orang ramai dinasihatkan untuk kekal mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dalam usaha kita semua bagi mengekang penularan COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …