OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1 BAGI DAERAH JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 28 Julai 2021 – Satu Operasi bersepadu telah dijalankan melibatkan 29 orang pegawai, anggota dan penguatkuasa dari Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor. Operasi pematuhan ini tertumpu kepada pematuhan SOP yang dijalankan oleh industri perkilangan di kawasan Johor Bahru.

Hasil daripada Operasi Bersepadu ini didapati masih terdapat organisasi dan individu yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa.

Pesanan untuk semua. Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …