CITF PULAU PINANG: KOMITMEN BERTERUSAN SEMUA AGENSI AMAT DIHARGAI

GEORGE TOWN, 21 Julai 2021 – Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Peringkat Negeri Pulau Pinang Bil. 15/2021 telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Dato’ Abdul Razak bin Jaafar ini membincangkan perkara-perkara penting dalam usaha mencapai setiap perancangan CITF Negeri.

Antara perkara yang dibincangkan menerusi mesyuarat kali ini adalah berkenaan kes-kes positif harian yang dilaporkan masih tinggi di Negeri Pulau Pinang iaitu melebihi nilai ambang purata tujuh (7) hari bagi Fasa 2 (217 kes). Selain itu, turut menjadi tumpuan mesyuarat adalah berkaitan inisiatif Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak atau PPV Mobile memandangkan ianya merupakan salah satu usaha dalam memastikan masyarakat luar bandar yang mungkin menghadapi kesulitan untuk bergerak ke PPV mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin.

YB Dato’ Pengerusi turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi atas komitmen berterusan dalam memastikan setiap perancangan CITF Negeri dilaksanakan dengan berkesan.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

JANGAN ABAIKAN KESELAMATAN ANAK-ANAK, JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Keselamatan merupakan perkara yang paling utama perlu dititikberatkan ketika memandu atau membonceng terutamanya sekiranya anda membawa anak-anak. Keselamatan mereka ketika …

MAFIA KORPORAT ANCAM INTEGRITI NEGARA

Mafia korporat merupakan ancaman serius terhadap integriti, kestabilan pentadbiran dan keselamatan ekonomi negara. Fenomena ini bukan sekadar melibatkan pelanggaran etika …

BAHAN BINAAN YANG TAHAN BANJIR

Menurut Bank Dunia (World Bank), bahan binaan tahan banjir merujuk kepada bahan pembinaan yang mempunyai ketahanan terhadap kerosakan akibat pendedahan …