PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI (PRE) IHSAN JOHOR 3.0 – GOBOK RAKYAT JOHOR

Gobok Rakyat Johor merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Haji Hasni Mohammad dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0. Dengan peruntukan sebanyak RM8 juta yang diperuntukkan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 100,000 ribu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Program ini diselaraskan oleh semua Pejabat Daerah dan menyasarkan kepada golongan asnaf, fakir, B40 dan M40 atau yang terputus bekalan makanan dan barangan keperluan. Mereka yang terkesan boleh mengambil makanan atau barangan keperluan yang disediakan di pusat-pusat Gobok Rakyat Johor mengikut daerah masing-masing. Gobok Rakyat Johor dibuka pada golongan berkenaan pada 11 Julai 2021 (Ahad) hingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Waktu operasi bermula dari 8.30 pagi – 5.00 petang dan dibuka pada setiap hari.

Berikut adalah senarai Gobok Rakyat Johor yang terdapat di setiap daerah:-
 

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut