LAWATAN KE TAPAK CADANGAN PPV PIKAS SEKITAR PULAU PINANG

PULAU PINANG, 2 Julai 2021 – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah bersetuju supaya Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dilancarkan untuk melengkapkan Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) bagi mempercepatkan imunisasi Rakyat. Sehubungan itu, di Negeri Pulau Pinang beberapa siri lawatan terhadap lokasi cadangan dalam menjayakan PIKAS telah dilaksanakan. Lawatan tapak cadangan baru-baru ini turut melibatkan Osram Semiconductor, Bayan Lepas dan Mattel Malaysia, Perai.

PIKAS ditujukan kepada pekerja-pekerja di sektor pembuatan dan merupakan sebuah program kerjasama awam-swasta yang disokong oleh sektor swasta yang bersetuju untuk menyediakan fasiliti di tempat kerja, pusat konvensyen dan pusat pameran sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang merangkumi kedua-dua perkhidmatan iaitu kakitangan perubatan, bukan perubatan dan perkhidmatan keselamatan.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …