OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN SEKTOR PERINDUSTRIAN DIBAWAH AKTA 342 DI DAERAH SEREMBAN

  May be an image of 3 people, people standing and indoor    May be an image of one or more people, people standing and indoor    May be an image of standing and indoor

SEREMBAN, 1 JULAI – Bertindak atas aduan awam, 12 pemeriksaan telah dijalankan oleh MKN Negeri Sembilan dengan kerjasama IPD Seremban, JKN Negeri Sembilan, PKD Seremban, MITI, JTK Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban bertempat di beberapa kawasan perindustrian sekitar Senawang. Hasil pemeriksaan ini, 4 arahan penutupan kilang secara serta merta dan 3 kompaun telah dikenakan berikutan terdapat beberapa jenis kesalahan yang dilakukan oleh pihak syarikat termasuk beroperasi tanpa kelulusan MITI, melebihi 60% kapasiti pekerja yang dibenarkan dan berlaku penularan kes Covid-19 di kilang berkenaan. Tambahan lagi, 1 kompaun (individu) telah dikeluarkan atas kesalahan gagal mengimbas MySejahtera semasa berada di dalam kompleks kilang.

Pemeriksaan seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP PKP Fasa Pertama yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi dan semua pihak bertanggung jawab memainkan peranan utk membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini.

            

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut