TINJAUAN KE PPV DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM MERSING, JOHOR

MERSING, 21 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada penduduk di daerah Mersing dan sekitarnya dengan kapasiti seramai 400 – 700 orang penerima vaksin sehari. Seramai 639 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing pada hari ini.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat diteruskan bagi memastikan #ImunitiKelompok akan segera tercapai sekaligus mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut