OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 DI PREMIS PERNIAGAAN DAN PASAR RAYA KAWASAN MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

KOTA TINGGI, 20 Jun 2021 – Satu Operasi Pemantauan Pematuhan SOP PKP 3.0 telah diadakan di kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi dengan melibatkan pegawai dan penguatkuasa daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor. Operasi pemantauan pematuhan ini tertumpu kepada pematuhan SOP yang dijalankan oleh Premis Perniagaan dan Pasar Raya di Daerah Kota Tinggi.

Secara keseluruhannya, pematuhan SOP di premis perniagaan dan pasar raya yang diperiksa dan dipantau adalah baik dan mengikuti arahan semasa yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Premis perniagaan dan pasar raya yang dipantau dan diperiksa telah menggunakan aplikasi MySejahtera dan pengimbas suhu dan kehadiran pekerja adalah kurang dari 60% seperti yang telah ditetapkan. Para pekerja dan pengurusan premis perniagaan dan pasar raya dilihat mematuhi SOP semasa yang berkuatkuasa.

Semoga usaha dan operasi pemantauan pematuhan seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan operasi ini.

Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar – Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …