BATU PAHAT, 14 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan untuk menyertai lawatan ke Unit Bergerak Vaksinasi Covid-19 Parlimen Parit Sulong yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama COVID – 19 Immunisation Task Force (CITF), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan beberapa agensi Kerajaan dan swasta yang lain.
Lawatan ini diketuai oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong dan turut disertai oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat, ACP Ismail bin Dollah, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, YBhg. Professor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pro Vice Chancellor, Universiti Kebangsaan Malaysia, En. Saipol Rahman bin Hj. Amat, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat serta wakil-wakil agensi yang terlibat.
Lawatan ini turut meliputi tiga (3) lokasi iaitu:
1. MRSM Parit Sulong, Batu Pahat;
2. Balai Islam Pekan Semerah, Mukim Lubok; dan
3. Balai Raya Sri Pasir, Mukim Sri Medan.
Program ini akan berlangsung selama dua (2) hari yang akan memanfaatkan seramai 300 orang penduduk di daerah Batu Pahat amnya dan Mukim Parit Sulong khususnya.
MKN Negeri Johor ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.
Program ini bertujuan untuk mencapai #ImunitiKelompok penduduk luar bandar di daerah Batu Pahat. Semoga inisiatif ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohorย




