TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) INDUSTRI KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANG, KOTA TINGGI, JOHOR

KOTA TINGGI, 16 Jun 2021 – Pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri Kompleks Bersepadu Pengerang Johor. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri ini adalah PPV industri pertama yang dibangunkan di Negeri Johor dan merupakan insiatif oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai insiatif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang mensasarkan golongan pekerja industri pembuatan melalui Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam -Swasta (PIKAS).

Lawatan tersebut turut disertai oleh En. Mohd Tarmizi bin Dan, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Johor, Dr. Roslina binti Rosli, Pegawai Kesihatan Daerah, Puan Rafeah Khafidah binti Kamarudin, Pengarah MITI Negeri Johor, Encik Mahathir bin Abdul Shukor, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi, En. Sazli Zakaria, Head of Petronas Southern Region, Dr. Muhammad Ashrur bin Shakhar, Penyelaras PPV Industri Kompleks Bersepadu Pengerang dan wakil agensi-agensi yang terlibat.

PPV ini dijangka akan memberikan vaksin kepada kira-kira 400 hingga 600 orang sehari dan akan beroperasi selama 10 hari. Seramai 467 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Industri ini pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di di PPV Industri Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

 
 
 

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …