SUASANA DI PKPD FELDA REDONG 1, MUKIM LABIS, SEGAMAT, JOHOR

SEGAMAT, 10 Jun 2021 – Sekitar suasana di Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) FELDA Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor yang dilaksanakan dari 27 Mei dan dilanjutkan sehingga 23 Jun 2021.

Gambar-gambar ini dikongsikan oleh petugas-petugas dan anggota yang bertungkus lumus, siang dan malam dalam memastikan kebajikan penduduk FELDA Redong 1, Mukim Labis, Segamat, terjaga sepanjang PKPD dilaksanakan.Terima kasih semua petugas! Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Semoga semua penduduk terus mematuhi arahan petugas dari semasa ke semasa dan semoga diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. Pesanan untuk semua rakyat Johor. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu. Terus amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya. Kerana kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

        

Artikel/Berita Terkini

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS)

 LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS, ambil perhatian! Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) …
Maklumat Lanjut