PKPD DI FELDA INAS, KULAI, JOHOR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi kes COVID-19 di FELDA Inas, Kulai, Johor.

KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes di lokaliti ini apabila sebanyak 43 kes positif Covid-19 direkodkan hasil daripada 410 orang yang disaring dengan kadar positiviti 10.5%.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di FELDA Inas, Kulai, Johor berkuat kuasa 11 hingga 24 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes-kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar.

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …