SYABAS! HARI PERTAMA PENGOPERASIAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) SEBERANG PERAI LANCAR DAN TERKAWAL

SEBERANG PERAI, 20 April 2021 – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bahagian Seberang Perai telah mula beroperasi pada 19 April 2021. Ia melibatkan tiga (3) buah PPV iaitu PPV Dewan Milenium, PPV Seberang Perai Arena Convention Centre (SP Arena), dan PPV Dewan Sebaguna Jawi. Pengoperasian PPV ini dibantu oleh sukarelawan dari Jabatan Belia dan Sukan yang menerangkan proses pemberian vaksin kepada penerima, manakala anggota APM pula membantu pergerakan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) semasa menerima suntikan vaksin. Proses pemberian vaksin ini berjalan lancar dan teratur hasil daripada perancangan yang teliti oleh Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terbabit.

#MKN50
#LindungDiriLindungSemua

                  

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …