LAWATAN PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI BAZAR RAMADAN DAERAH PENGKALAN HULU

PENGKALAN HULU – Sesi lawatan pemantauan pematuhan SOP di bazar ramadan di sini telah dilaksanakan hasil sinergi bersama IPD, PKD, RELA dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Hasil tinjauan mendapati sistem pendaftaran keluar / masuk di kawal selia dengan baik oleh pihak PBT. Pengunjung yang datang dari arah laluan yang disediakan beratur dengan sabar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Selain itu, laluan sehala yang ditetapkan di dalam bazar ini sangat membantu dalam mengurangkan kesesakan. Jika sekiranya tertinggal belian, pengunjung perlu membuat satu pusingan penuh. Laluan keluar  juga dibuat berasingan bagi mengelakkan pertembungan.

Namun, masih ada pengunjung yang membawa masuk bayi dan kanak-kanak. Ayuh bersama kita mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan COVID19.

#KitaMestiMenang
#MKN50

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …