MALAYSIA PRIHATIN BERSAMA WARGA KKM, PERAK

IPOH, 29 Mac 2021- Sesi Libat Urus Bersama YB Timbalan Menteri Kesihatan I Malaysia, YB Dato’ Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Menara Tabung Haji, Ipoh pagi ini.

Program yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr Ding Lay Ming, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, YBrs. Tn. Khairul Ridzuan bin Mat Said, Pengarah Keselamatan Negeri MKN Perak dan YBrs. Tn. Haji Mohd Taib bin Ubah, Pengarah Penerangan Negeri Perak ini telah melibatkan warga kerja daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri ini.

Pendaftaran vaksin dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) antara penekanan utama yang disampaikan semasa program berlangsung serta sehingga 28 Mac 2021, seramai 7,235,436 individu telah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin dalam usaha melandaikan penularan COVID19.

Jadi, ayuh semua segera daftarkan diri anda sebagai penerima vaksin bagi mencapai imuniti kelompok.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …