PROGRAM IMUNISASI COVID19 BERSAMA PENYELARAS PASUKAN KHAS BAGI MASYARAKAT ORANG ASAL NEGERI PERAK

LENGGONG, 27 Mac 2021- Program yang menyasarkan kepada pendaftaran vaksinasi bagi masyarakat Orang Asal bersempena Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) ini telah dilaksanakan di Perkampungan Orang Asal, Air Karah, Lenggong bersama masyarakat setempat.

Turut menghadiri program adalah Penolong Ketua Pegawai Daerah Lenggong, Tuan Mohd Amzari bin Mohd Arzami , Inspektor Vinoth Revandran dari IPD Gerik, Dr Zubaidah Mustafa dari PKD Hulu Perak, MKN Hulu Perak, JAKOA Hulu Perak dan Penghulu Mukim Lenggong serta Jabatan Penerangan Negeri Perak selaku urusetia program.

Beberapa taklimat telah disampaikan oleh pihak PKD, IPD dan MKN dalam program tersebut berkenaan usaha kerajaan dalam memerangi COVID19, pelaksanaan Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan serta pelaksanaan SOP.

Selain itu, pendaftaran vaksinasi secara manual juga turut dilaksanakan dalam memastikan mereka yang berkelayakan untuk menerima vaksinasi.

Kepatuhan SOP dalam kalangan Orang Asal Kg Air Karah adalah amat membanggakan dan hampir kesemua masyarakat setempat mematuhi SOP serta pengamalan norma baharu.

TAHNIAH & SYABAS DIUCAPKAN??

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …