PEMANTAUAN SOP DI PASAR-PASAR AWAM DI KUALA LUMPUR

Satu tinjauan telah dilaksanakan ke atas beberapa pasar awam di sekitar Kuala Lumpur. Tujuan tinjauan ini adalah untuk melihat serta memantau tahap pematuhan pemilik premis, pekerja dan masyarakat yang mengunjungi premis berkenaan. Fokus tinjauan adalah di pasar-pasar awam yang menjadi tumpuan masyarakat untuk membeli barang keperluan pada hujung minggu.

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, Tim Pematuhan mendapati situasi di Pasar Sungai Besi, Pasar Datuk Keramat dan Pasar Chow Kit adalah terkawal. Pihak pengurusan pasar dilihat menyediakan semua kelengkapan wajib (mySejahtera/buku daftar pengunjung, hand sanitizer dan alat pengukur suhu) bagi kegunaan setiap pengunjung.

Pemantauan yang lebih kerap perlu dilaksanakan bagi memantau pematuhan SOP oleh peniaga dan pengunjung berikutan keadaan di pasar-pasar awam yang agak sempit/terhad. Peniaga/pekerja adalah disarankan supaya sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan. Peniaga/pekerja juga bertanggungjawab bagi menasihati dan memastikan pelanggan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh Kerajaan. Selain daripada itu, pelanggan juga perlu sentiasa mengamalkan norma baharu bagi mengelakkan kebarangkalian jangkitan COVID-19.

#KitaJagaKita

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …