VAKSIN: MEMBENTUK IMUNITI KELOMPOK

 

Penyebaran Virus Covid-19 adalah sangat berbahaya sehingga 9 Mac 2021 sebanyak 2,612,150 kematian telah dicatatkan di seluruh dunia. Pada tahun 2020, WHO juga telah menetapkan bahawa wabak COVID-19 ini merupakan pandemik global. Justeru, selain daripada mengamalkan pematuhan SOP yang ketat seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan dan menggunakan pelitup muka; Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga telah dilancarkan bagi mengekang wabak ini.

Program ini diharap dapat membentuk imuniti kelompok bagi rakyat Malaysia dalam usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran virus COVID-19. Imuniti kelompok dapat disimpulkan sebagai perlindungan daripada penyakit berjangkit yang terbentuk apabila sebahagian besar kelompok masyarakat mempunyai imuniti dan terlindung daripada jangkitan penyakit tersebut.

Antara cara pembentukan imuniti kelompok yang disokong oleh World Health Organisation (WHO) adalah menerusi pemberian vaksin. Vaksin melatih sistem ketahanan tubuh badan seseorang untuk membentuk antibodi bagi melawan penyakit; situasi yang sama terjadi sekiranya seseorang terdedah kepada penyakit namun vaksin berfungsi tanpa membuat seseorang jatuh sakit. Imuniti kelompok juga dapat dicapai dengan cara membiarkan kelompok masyarakat untuk dijangkiti dengan penyakit tersebut dan membentuk ketahanan diri secara semula jadi. Namun hal ini tidak disarankan oleh WHO kerana mengakibatkan jangkitan dan kematian yang sia-sia.

Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap COVID-19 bagi membolehkan ‘imuniti kelompok’ dapat dicapai dan penularan COVID-19 dapat dikawal. Malaysia bakal menerima vaksin COVID-19 bagi memenuhi keperluan lebih 80% rakyat bagi membolehkan usaha mengekang wabak ini dapat dicapai. Mencapai imuniti kelompok membantu menyelamatkan nyawa dan mengekang penularan wabak ini daripada berleluasa.

 

Sumber rujukan:

  1. World Health Organisation. Herd community, lockdowns and COVID-19. https://www.who.int/news-room/q-a-detail/herd-immunity-lockdowns-and-covid-19
  2. http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/01/apa-itu-herd-imunity-imuniti-kelompok-08012021
  3. World Health    Infection prevention  and  control  during  health care   when   COVID-19   is   suspected. https://www.who.int/publications-detail/infection-prevention-and-control-during-health-care-when-novel-coronavirus-(ncov)-infection-is-suspected-20200125

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝟮𝟰 𝗝𝗔𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Polis Barat …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗦𝗘𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi ini  …
Maklumat Lanjut

TERENGGANU BERPOTENSI JADI HUB PENGELUAR NR-REE UTAMA NEGARA

Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya …
Maklumat Lanjut