KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PENERANGAN WPKL

 

YBrs. Puan Azizah binti Mohamed Said, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur (MKN WPKL) telah menerima kunjungan hormat oleh YBrs. Encik Lim Ann Teck, Pengarah Jabatan Penerangan WP Kuala Lumpur yang lalu.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua Pengarah berkesempatan untuk berbincang tentang isu-isu semasa yang berlaku di WP Kuala Lumpur khususnya mengenai perancangan program hebahan dan kesedaran berkaitan Pembudayaan Norma Baharu dalam memerangi COVID-19. Selain itu, perbincangan tersebut juga meliputi perancangan berkenaan pelaksanaan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di peringkat WP Kuala Lumpur.

Sesi kunjungan hormat ini sangat penting kerana ia dapat meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua Jabatan dan ia juga dapat dijadikan platform bagi bertukar-tukar pandangan dalam hal-hal yang berbangkit.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …