VAKSIN TIBA DI NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 25 FEBRUARI : Kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah tengah hari ini.

Ketibaan vaksin ini disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi  Manjun bagi mewakili Ketua Menteri Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah menerima sejumlah dos vaksin yang akan memanfaatkan ribuan barisan hadapan (frontliners) yang berpenat lelah, menjaga dan melindungi rakyat sepanjang berhadapan dengan wabak ini.

Kumpulan berkenaan akan menerima suntikan dos pertama seawal hujung bulan ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Secara khususnya, diharapkan vaksin ini akan memberi sinar harapan kepada seluruh rakyat negeri Sabah dan seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada penerima vaksin fasa pertama dalam usaha melandaikan lekuk jangkitan dan menghentikan pandemik ini.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …