“WHITE CHALLENGE” – LEBIH BAIK CEGAH

 

Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur (MKN WPKL) telah menyahut seruan program “White Challenge” – Lebih Baik Cegah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2021 pada 19 Februari 2021 yang lalu.

Antara objektif utama pihak AADK mengadakan program ini adalah sebagai lambang solidariti masyarakat Malaysia dengan bersatu menolak dan membenci dadah. Program ini disambut baik oleh pihak MKN WPKL sebagai tanda menyokong usaha pihak AADK dalam memerangi dadah di kalangan komuniti.

Program sebegini harus dilaksanakan dengan lebih kerap agar semua pihak di setiap lapisan masyarakat faham dan sedar tentang pentingnya usaha secara bersama dalam membanteras penyalahgunaan dadah di dalam komuniti.

 

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …