INFO ON WHEELS (IOW) BERSAMA PENIAGA-PENIAGA JONKER WALK

Kota Laksamana, 23 Feb – Info On Wheels (IOW) dari Jabatan Penerangan Negeri Melaka bersama Persatuan Peniaga Jonker Walk hari ini memberi peringatan tentang tanggungjawab kita dalam memutuskan penularan jangkitan wabak COVID-19.

JaPen Melaka mengambil peluang membina rangkaian bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat bagi memperkasakan peranan komuniti memerangi wabak COVID-19 termasuk memahami persoalan berkaitan Proklamasi Darurat dan Program Imunisasi Kebangsaan:Vaksinasi COVID-19.
Simbolik penyerahan bahan penerbitan telah disampaikan oleh En. Mohd Rizal bin Hashim, Pengarah Penerangan Melaka di Jonker Walk kepada:
1. YBhg DW Gan Tian Loo, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk
2. YBhg Datuk Ng Choon Koon, Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Melaka
3. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Cawangan Melaka
4. Polis Pelancong Melaka
5. Pertubuhan Pekedai-Pekedai Heritage Melaka
6. Persatuan Wushu, Tarian Naga dan Singa Melaka
7. Persatuan Catur Tiong Hua Negeri Melaka
8. Tokong Wah Teck Keong

 

Teruskan berjuang!

Kita belum menang!

Kita pasti menang!

#MelakapatuhSOP

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …