PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP SEMPENA HARI THAIPUSAM

KUALA LUMPUR, 28 JANUARI 2020 – Satu tinjauan telah dilaksanakan ke atas beberapa rumah ibadat bangsa India serta premis-premis yang menjual atau berkaitan dengan kegunaan ibadah bangsa ini sempena sambutan perayaan Thaipusam. Tujuan tinjauan ini adalah untuk melihat serta memantau aktiviti dan tahap pematuhan masyarakat India yang yang hadir ke rumah ibadat serta premis berkaitan ibadah mereka bagi upacara sambutan perayaan ini. Tinjauan tim tertumpu di kawasan Sentul, Batu, Brickfields, Cheras dan beberapa kawasan di sekitar pusat bandar.

 

 

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, tim pematuhan mendapati rumah ibadat dan premis-premis bangsa India yang telah dipantau ini mematuhi kesemua SOP yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, rata-rata pengunjung/ pelangan yang yang hadir ke kedua-dua kawasan ini juga dilihat menunjukkan pematuhan yang memuaskan ke atas setiap SOP yang telah ditetapkan. Walaupun masih terdapat segelintir individu yang hadir ke rumah-rumah ibadat mereka ini bagi melaksanakan aktiviti agama secara bersendirian.

 

Secara keseluruhannya semua aktiviti yang yang berlangsung di rumah ibadat bangsa India ini dan kawasan/premis-premis yang berkaitan dengan perayaan ini adalah lengang dan terkawal. Keadaan ini berlaku kerana kefahaman dan kepatuhan masyarakat India di dalam mematuhi setiap SOP yang ditetapkan. Berkemungkinan masyarakat India ini memilih untuk berada dirumah bagi menunaikan ibadat dan sambutan perayaan secara kekeluargaan.

#StaySafe #StayHealthy

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …