KAMI TERUS PEDULI KESELAMATAN WARGAKOTA!

KUALA LUMPUR, 28 JANUARI 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi nyahkuman di dua kawasan perumahan awam iaitu di PPR Pekan Kepong dan PA Seri Melaka, Cheras.

Operasi ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (JKAS), Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB), Persatuan Penduduk dan penduduk kedua-dua kawasan perumahan tersebut.

Tumpuan operasi sanitasi ini adalah di kawasan ruang gunasama seperti di bawah blok kediaman, pondok santai, dewan, tabika, surau, taman permainan, hentian bas, taska dan pejabat kecil perumahan.

 

 

Persatuan penduduk dan penduduk juga telah diberikan penerangan dan tunjukajar mengenai kaedah sanitasi yang betul bagi membolehkan mereka melaksanakan sanitasi dari semasa ke semasa.

Penglibatan penduduk dalam menangani pandemik ini adalah amat dihargai kerana usaha ini adalah merupakan usaha bersama.

 

Kami terus jaga anda dan kita terus jaga kita!

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Sumber : https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …