Notis amaran ancaman ‘Anonymous Malaysia’

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan, bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.

Ia susulan penularan satu video di media sosial dikeluarkan ‘Anonymous Malaysia’ baru-baru ini, yang menyentuh beberapa isu serangan siber menjurus kepada ancaman untuk menggodam laman web kerajaan.

MKN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi maklumat untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, katanya, kerajaan sentiasa memandang serius, mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat serta sistem kritikal negara.

“Ia dengan menggariskan tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkaitan.”

Tindakan ini jelas digariskan menerusi Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) dilancarkan pada Oktober 2020.

“Strategi ini menggariskan tindakan bagi mengukuhkan sistem ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) serta sistem kritikal negara termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkaitan,” katanya.

Semalam, pengguna Facebook itu menerusi video dimuat naik berdurasi dua minit 29 saat antara lain mendakwa, serangan siber terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini berpunca kerana kerajaan tidak menyokong usaha membangunkan sektor teknologi maklumat.

Pengguna terbabit menegaskan perkara itu sudah berlarutan lama dan pihaknya akan kembali membuat kemunculan.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …