MKN SERAH PTS NEGERI SABAH KEPADA JIM

Majlis Penyerahan PTS JIM

PAPAR, 1 JANUARI 2021: Pengurusan Pusat Tahanan Sementara di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada hari ini. Ini melibatkan empat (4) buah PTS di seluruh Sabah iaitu PTS Papar, PTS Kota Kinabalu, PTS Sandakan dan PTS Tawau.

Menurut Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Sh. Sitti Saleha Habib Yussof, penyerahan tersebut berdasarkan keputusan Sidang MKN Bilangan 3 Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri agar semua PTS di bawah seliaan MKN di Sabah diserahkan kepada JIM dan seterusnya mendapat kelulusan penyerahan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020 yang lalu.

Beliau berkata,  tujuan penyerahan PTS atau lebih dikenali ‘Rumah Merah’ bagi masyarakat tempatan itu adalah di atas kerelevanan JIM sebagai pengurus PTS dari segi aspek perundangan dan kewajipan mematuhi Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang merupakan undang-undang terpakai dalam pengurusan tahanan serta membolehkan institusi ini beroperasi secara sah di bawah akta tersebut.

“Selain itu juga, pengurusan di PTS akan dapat diseragamkan memandangkan mekanisme sedia ada mengenai pengurusan Depot Tahanan di seluruh negara telah lama diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak JIM.

“MKN percaya dengan penyerahan pengurusan PTS ini akan menambahbaik dan memantapkan pengurusan tahanan PATI di Sabah,” katanya.

Ianya merupakan detik bersejarah antara MKN dan JIM. Majlis Rasmi Penyerahan PTS ini disempurnakan oleh Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor di PTS Papar. Ianya juga turut dihadiri bersama Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Dr Muhammad Sade Muhamad Amin.

Tabik Hormat

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut