PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Wisma AG, Bukit Katil, Melaka, hari ini.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh hubungan institusi serta memantapkan kerjasama strategik dengan kepimpinan tertinggi negeri, khususnya dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.
Pertemuan tersebut turut menjadi wadah untuk menyampaikan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan aspek keselamatan dan sosial di Negeri Melaka, di samping memperkukuh penyelarasan serta sinergi antara PDRM dengan Kerajaan Negeri dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin dinamik.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah; Ketua Cawangan Khas Kontinjen Melaka, ACP Sugemin bin Zainol; Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Melaka, ACP Nor Azizan bin Yusof; serta Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Melaka, Supt Rizal bin Mohd Dan.
Kunjungan hormat ini menzahirkan tekad berterusan PDRM untuk memperkukuh permuafakatan bersama kepimpinan negeri dan semua pihak berkepentingan demi memastikan Melaka kekal aman, selamat dan sejahtera.
Sumber : Polis Melaka

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …