OPS BERSEPADU DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

JPJ Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Ops Bersepadu Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan pada 21 Oktober 2026 di Stesen Penguatkuasa (SPK) Valdor.Operasi ini memberi tumpuan kepada pemeriksaan kenderaan perdagangan dan saringan dadah terhadap pemandu bagi membendung penyalahgunaan dadah yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan serta membahayakan pengguna jalan raya.
                                                                                                                                                                                 Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang turut mengadakan sidang media bagi memaklumkan hasil operasi serta menegaskan kepentingan membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan demi keselamatan pengguna jalan raya.Kerjasama bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan JPJ dan AADK dalam memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan keselamatan jalan raya.
                                                                                                                                                                                    Sumber  :  JPJ Negeri Pulau Pinang  https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERHIMPUNAN SETIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

OPS BERSEPADU DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JPJ Negeri …

TIGA GUDANG PLASTIK, 12 KENDERAAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI PENAMPANG

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi. PENAMPANG: Tiga blok gudang menyimpan barangan plastik musnah sepenuhnya dalam kebakaran …