AWAS! Jangan Jadi Mangsa Parcel Scam
Terima notifikasi parcel yang tidak pernah anda pesan? Jangan terus panik atau membuat bayaran. Semak dahulu, sahkan dengan syarikat kurier dan elakkan daripada mengklik pautan yang mencurigakan.
Ingat, syarikat kurier yang sah tidak akan meminta bayaran melalui akaun peribadi atau pautan tidak rasmi. Jika menjadi mangsa, segera laporkan kepada PDRM atau NSRC 997.
Ketahui cara mengenal pasti penipuan ini dan elakkan diri daripada menjadi mangsa.

Sumber : #BernamaNews



