Jangan sesekali menganggap perbuatan membaling batu ke arah kenderaan sebagai satu gurauan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan cermin kenderaan pecah, hilang kawalan, kemalangan serius sehingga boleh mengancam nyawa pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.
Ingat, perbuatan khianat yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau membahayakan orang lain merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.
#Jom Beringat. Fikir akibat sebelum bertindak kerana satu lemparan boleh membawa penyesalan sepanjang hayat.
Sumber: Laman FB Polis Diraja Malaysia (PDRM)



