Melaka – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka meneruskan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan menerusi Ops Gempur Bawa Lebih Muatan di sekitar negeri ini, dengan memberi tumpuan kepada pematuhan muatan, keadaan teknikal dan dokumen kenderaan.
Operasi yang berlangsung dari jam 11.00 malam hingga 3.00 pagi itu melibatkan pemeriksaan terhadap 58 buah kenderaan. Hasil pemeriksaan, 15 buah kenderaan barangan diambil tindakan, manakala 77 notis dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan dan tindakan pemeriksaan lanjut.
Kesalahan lebih muatan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 24 kes. Turut dikesan ialah:
• 4 kes cermin gelap;
• 2 kes tayar haus;
• 2 kes berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM);
• 2 kes berkaitan insurans;
• 1 kes tidak hadir timbang; dan
• 9 kes lain-lain kesalahan teknikal.
Pemeriksaan turut menemukan keadaan tayar yang haus seperti dipaparkan dalam gambar operasi. Keadaan ini perlu diberi perhatian serius oleh 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙪𝙨𝙖𝙝𝙖 dan pemandu kerana keselamatan kenderaan barangan turut melibatkan pengguna jalan raya lain.
JPJ Negeri Melaka mengingatkan 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙪𝙨𝙖𝙝𝙖, pemilik dan pemandu kenderaan barangan supaya memastikan muatan mematuhi had yang dibenarkan, keadaan tayar serta komponen kenderaan sentiasa diselenggara dan dokumen berkaitan sah sebelum memulakan perjalanan. Arahan pemeriksaan dan penimbangan juga hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
Jangan kejar keuntungan sehingga keselamatan dipertaruhkan. Lebih muatan dan kecuaian penyelenggaraan boleh membawa padah kepada semua.
Penguatkuasaan diteruskan demi memastikan jalan raya lebih selamat.
𝑲𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒊 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒎𝒂𝒏𝒅𝒖 𝒌𝒆𝒏𝒅𝒆𝒓𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏.
Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka



