OPS LUXURY TIADA CDL, LKM DAN INSURANS – KENDERAAN DISITA

Bandar Melaka – Sebuah kenderaan mewah BMW telah diambil tindakan dalam Ops Luxury JPJ Negeri Melaka selepas pemeriksaan mendapati pemandunya tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL), manakala kenderaan tersebut tidak mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah serta tiada perlindungan insurans.
Kenderaan berkenaan disita serta-merta dan kes akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Kenderaan hanya layak ditebus semula selepas prosiding mahkamah selesai, tertakluk kepada proses dan syarat yang ditetapkan.
JPJ mengingatkan orang ramai supaya memastikan lesen memandu, LKM dan insurans sentiasa sah sebelum memandu atau menggunakan kenderaan di jalan raya. Kegagalan mematuhi keperluan ini boleh mengundang tindakan penguatkuasaan.
Patuhi undang-undang jalan raya. Pastikan dokumen lengkap sebelum memulakan perjalanan.

Artikel/Berita Terkini

OPS GEMPUR LEBIH MUATAN : 58 KENDERAAN DIPERIKSA, 77 NOTIS DIKELUARKAN

Melaka – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka meneruskan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan menerusi Ops Gempur Bawa Lebih Muatan di …

OPS LUXURY TIADA CDL, LKM DAN INSURANS – KENDERAAN DISITA

Bandar Melaka – Sebuah kenderaan mewah BMW telah diambil tindakan dalam Ops Luxury JPJ Negeri Melaka selepas pemeriksaan mendapati pemandunya …

ARAHAN BERHENTI WAJIB DIPATUHI, DENDA RM2000 POSITIF GANJA

Klebang – Sebuah lori simen yang diarahkan berhenti untuk pemeriksaan di sekitar Dataran Klebang, Melaka, tidak berhenti dan meneruskan perjalanan …