TIBA: Salah satu kapal merapat di Jeti TLDM Sepanggar.
KOTA KINABALU: Armada pengiring ke-48 Angkatan Laut Tentera Pembebasan China (PLA) tiba di Kota Kinabalu pada pagi Khamis bagi lawatan muhibah selama lima hari.
Ketibaan kumpulan itu disambut wakil daripada Markas Pemerintaham Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kakitangan Kedutaan dan konsulat China di Malaysia serta wakil syarikat China dan komuniti rakyat China di luar negara.
Pasukan pancaragam TLDM turut memainkan muzik bagi menyambut ketibaan kumpulan berkenaan.
Sepanjang lawatan itu, kedua-dua pihak dijadual mengadakan pertukaran profesional, lawatan kapal dan beberapa aktiviti lain.
Kumpulan pengiring itu terdiri daripada kapal pemusnah peluru berpandu Tangshan, frigat peluru berpandu Daqing dan kapal pembekal komprehensif Taihu.
Sebelum tiba di Kota Kinabalu, kumpulan berkenaan membuat persinggahan teknikal di Pelabuhan Changi, Singapura, dari 2 hingga 4 Oktober bagi penyelenggaraan peralatan, penambahan bekalan dan aktiviti lain.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



