KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA: PASTIKAN PAKAI TOPI KELEDAR YANG BER SIRIM

Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama yang menuntut kesedaran tinggi daripada semua pemandu dan penunggang motosikal. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa komited bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melalui pelbagai kempen advokasi keselamatan. Antara fokus utama penguatkuasaan dan pendidikan komuniti adalah dengan memastikan setiap penunggang dan pembonceng memakai topi keledar yang kelulusan SIRIM.

Penggunaan topi keledar yang diuji dan disahkan selamat amat penting bagi melindungi kepala dengan lebih berkesan sekiranya berlaku implikasi buruk di jalan raya. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa mencari tanda SIRIM pada topi keledar masing-masing sebelum memulakan perjalanan. Sila pilih topi keledar yang sesuai mengikut jenis aktiviti, seperti jenis Full Face, Modular, Jet, atau Off-Road.

Sebagai tip penunggang selamat, anda digesa untuk sentiasa mematuhi had laju dan undang-undang, pastikan kenderaan dalam keadaan baik, serta berwaspada dalam cuaca buruk. Paling utama, kekalkan fokus ketika menunggang dan elakkan sebarang gangguan. Ingatlah, topi keledar bukan sekadar aksesori, tetapi pelindung nyawa anda. Pandu cermat, jiwa selamat.

Sumber:

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/?locale=ms_MY

https://www.jpj.gov.my/hubungi-kami/negeri/terengganu-jpj/

Artikel/Berita Terkini

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA: PASTIKAN PAKAI TOPI KELEDAR YANG BER SIRIM

Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama yang menuntut kesedaran tinggi daripada semua pemandu dan penunggang motosikal. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) …

LOGHAT UNIK TERENGGANU

Loghat Terengganu atau “Cakak Tranung” terkenal dengan ciri khas seperti penukaran bunyi hujung kepada sengau “-ng”, penggunaan kata penegas (penguat) …