30 PINTU RUMAH KONGSI MUSNAH TERBAKAR

MUSNAH: Sebanyak 30 pintu rumah kongsi musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, Tawau, pagi tadi.

TAWAU: Sebanyak 30 pintu rumah kongsi musnah dalam kebakaran membabitkan tiga blok bangunan tidak kekal di Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.48 pagi sebelum menggerakkan 14 anggota bersama beberapa jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba tiba pada jam 9.59 pagi dan mendapati kebakaran membabitkan sebuah blok setingkat yang mempunyai enam pintu serta dua blok dua tingkat dengan keseluruhan 24 pintu.

“Setiap pintu rumah kongsi berkenaan berukuran kira-kira 10 x 20 kaki dan keseluruhan struktur terbakar 100 peratus.

“Pasukan menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang kira-kira 122 meter dengan tiga pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran dan lori tangki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jemishin berkata, api berjaya dikawal pada jam 10.25 pagi sebelum anggota meneruskan kerja memadam bara bagi memastikan tiada lagi bahagian yang berisiko mencetuskan kebakaran semula.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

30 PINTU RUMAH KONGSI MUSNAH TERBAKAR

MUSNAH: Sebanyak 30 pintu rumah kongsi musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, Tawau, pagi …

BEKAS PENGURUS PEMASARAN DIPENJARA LIMA TAHUN, 26 SEBATAN TIPU RM6.2 JUTA

BERSALAH: Tertuduh diiring keluar dari Mahkamah Majistret Tawau selepas prosiding kesnya selesai, hari ini. TAWAU: Seorang bekas pengurus pemasaran dihukum …