DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Oon Weng Boon, Executive Chairman Island LandCap Hospitality Sdn. Bhd. @ PICCA Convention Centre, bersama delegasi PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena. Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Zulkifly bin Ismail, bersama barisan pegawai kanan Jabatan.
Sesi ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta meneroka potensi kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Pertemuan ini juga diharap dapat memperkukuh hubungan dan jalinan kerjasama yang lebih erat serta berkesan antara JPJ Negeri Pulau Pinang dan PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena.
JPJ Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



