ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan.

BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari di daerah ini merekodkan tindakan penguatkuasaan dan rampasan bernilai keseluruhan RM407,644.69.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, operasi pada 28 dan 29 September itu membabitkan pemeriksaan terhadap 70 premis perniagaan dan 170 kenderaan.

Katanya, tiga lokasi turut dikenal pasti dipercayai digunakan untuk menyimpan rokok dan minuman keras tidak bercukai.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, tindakan penguatkuasaan membabitkan kompaun, saman, tunggakan atau bayaran serta tindakan berkaitan undang-undang mencatat nilai RM293,450.16.

“Rampasan rokok dan minuman keras tidak bercukai pula dianggarkan bernilai RM114,194.53 termasuk duti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Victor berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah mengeluarkan enam kompaun bernilai RM159,000, empat notis pematuhan serta mengarahkan pembayaran tunggakan berjumlah RM48,100.16.

Menurutnya, keseluruhan tindakan penguatkuasaan JTK Sabah bernilai RM207,100.16 membabitkan kesalahan di bawah Ordinan Buruh Sabah.

“Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengeluarkan enam kompaun bernilai RM30,000 selain tujuh notis pematuhan.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula memeriksa 14 majikan dan mengeluarkan lima notis pemeriksaan, manakala lima kes dikenal pasti untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa 170 kenderaan dan mengeluarkan 37 saman bernilai RM6,250, manakala Majlis Daerah Beluran mengeluarkan kompaun RM100 terhadap dua premis kerana gagal mengurus sampah dengan betul.

Beliau berkata, rokok dan minuman keras tidak bercukai yang dirampas dibawa ke Pejabat Kastam Sandakan untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.

Dalam operasi sama, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memeriksa 56 individu tanpa mengesan sebarang kesalahan imigresen, manakala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memeriksa 15 individu dan mendapati semua dokumen dikemukakan adalah tulen serta sah.

Operasi itu membabitkan 184 pegawai dan anggota ESSCOM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pelbagai jabatan dan agensi penguatkuasaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Victor berkata, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis perniagaan, kenderaan dan lokasi terpilih bagi membanteras penyeludupan, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, barangan tidak bercukai serta kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Operasi seumpama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa di daerah dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan serta ketenteraman masyarakat di Sabah Timur.

“Masyarakat juga digesa terus bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan dengan menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan atau kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan di ESSZONE,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …