SABAH-KANADA ERAT KERJASAMA PERDAGANGAN, PELABURAN

KUNJUNGAN: Hajiji berbincang dengan Jodi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu hubungan baik antara Sabah dengan Kanada terus diperkukuh, khususnya melalui penerokaan peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Jodi Robinson di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji mengalu-alukan kunjungan Jodi dan memaklumkan mengenai fokus Sabah dalam sektor  Ekonomi Biru (Blue Economy).

Katanya, usaha itu termasuk potensi sektor akuakultur, yang mempunyai ruang untuk diterokai bersama pelabur dan rakan strategik dari Kanada.

Beliau berkata, Sabah mempunyai pelbagai taman perindustrian yang bersedia menerima pelaburan asing, termasuk Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Kawasan Perindustrian Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, Kudat Blue Economy Industrial Park, dan Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP).

Sehubungan itu, Hajiji berharap kunjungan itu dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama dan peluang pelaburan Kanada di Sabah, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri.

Kanada sebelum ini menyatakan hasrat memperluas hubungan dua hala dan perdagangan dengan Malaysia dalam sektor termasuk pertanian, kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kecerdasan buatan (AI), semikonduktor serta pertukaran pendidikan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

LIMA INDIVIDU BERDEPAN 23 PERTUDUHAN BERKAITAN PROJEK PPRT

PROSIDING: Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Lima individu berdepan keseluruhan 23 …

SABAH-KANADA ERAT KERJASAMA PERDAGANGAN, PELABURAN

KUNJUNGAN: Hajiji berbincang dengan Jodi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu hubungan baik …

87 PTI INDONESIA DIHANTAR PULANG MELALUI LAUT

PEMINDAHAN: Kesemua PTI terbabit dihantar pulang ke negara asal melalui laluan laut. TAWAU: Seramai 87 tahanan Pendatang Tanpa Izin (PTI) …