MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29, Kilometer 50, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain berkata, Putri Jannatul Arisha Abdullah, 8, dari Kampung Langkap, Permaisuri disahkan maut di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC dan sebuah kereta Proton Waja.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang nenek mangsa dalam perjalanan menghantar cucunya ke sekolah.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mereka keluar dari simpang Langkap ke jalan utama terus membelok ke kanan jalan untuk masuk ke simpang sekolah kira-kira jam 6.40 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pada masa yang sama tiba-tiba datang kereta Waja dari arah Kuala Terengganu tidak sempat brek dan mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan motosikal yang berada di laluan kereta.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal jatuh di atas jalan raya.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Setiu bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Katanya, manakala pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke unit Forensik untuk bedah siasat. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

SUMBER : HARIAN METRO, 27 SEPTEMBER 2026.

Artikel/Berita Terkini

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL – 5 SIKAP INI SEBENARNYA TANDA BAKAT LUAR BIASA

Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel …

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …