MOHD FUAD
KOTA KINABALU: Seorang Ketua Penolong Pengarah di sebuah jabatan di Sabah dan Pengarah Eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki terbabit dalam pemberian dan penerimaan rasuah berkaitan operasi perlombongan emas.
Kedua-dua suspek, lelaki berusia lingkungan 60-an, dipercayai terbabit dalam beberapa transaksi wang bagi memudahkan operasi perlombongan emas syarikat berkenaan di Tawau pada 2024 dan 2025.
Siasatan awal mendapati nilai suapan terbabit berjumlah RM18,000.
Sumber berkata, Ketua Penolong Pengarah berkenaan ditahan kerana disyaki menerima suapan, manakala Pengarah Eksekutif syarikat itu disyaki memberi suapan.
Menurutnya, kedua-dua suspek hadir di Pejabat SPRM Kota Kinabalu kira-kira jam 10 pagi hari ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



