SYABU RM6,000 DIRAMPAS, LELAKI 45 TAHUN DITAHAN

RAMPAS: Bekalan syabu yang dirampas semasa penahanan suspek.

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan selepas polis menemukan syabu seberat 52.55 gram bernilai kira-kira RM6,000 dalam satu operasi di Jalan Penampang Lama, di sini.

Suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang kira-kira jam 11 malam selepas polis bertindak berdasarkan maklumat.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu dalam simpanannya.

Katanya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan,” katanya dalam kenyataan.

Sammy berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak terbabit dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau dadah kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …