BOT PUKAT JERUT BILIS LANGGAR SYARAT LESEN, EMPAT DITAHAN

DITAHAN: Semua nelayan terbabit ditahan Maritim Malaysia untuk tindakan dan siasatan lanjut selepas disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan Kunak.

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan empat individu termasuk tiga warga Filipina selepas sebuah bot nelayan pukat jerut bilis disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan Kunak, semalam.

Mereka terdiri daripada seorang tekong warga tempatan berusia 42 tahun dan tiga awak-awak warga Filipina berusia antara 21 hingga 41 tahun.

Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira jam 12.35 tengah hari pada kedudukan 0.8 batu nautika timur laut Pulau Burong, Madai, Kunak.

Katanya, bot berkenaan dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan berdasarkan syarat sah lesen.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan seorang tekong warga tempatan berusia 42 tahun bersama tiga awak-awak warga Filipina berusia antara 21 hingga 41 tahun.

“Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dzulfikhar berkata, bot bersama semua individu terbabit kemudian ditahan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan pengusaha dan nelayan mematuhi syarat lesen serta peraturan perikanan yang ditetapkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Lahad Datu menerusi WhatsApp di talian 016-930 5727 atau talian kecemasan 999,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …