KEPENTINGAN MEMAKAI TOPI KELEDAR DAN TALI PINGGANG KELEDAR

Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab setiap pengguna jalan raya. Penggunaan peralatan keselamatan seperti topi keledar dan tali pinggang keledar penting bagi mengurangkan risiko kecederaan parah dan menyelamatkan nyawa.

Bagi penunggang dan pembonceng motosikal, topi keledar berfungsi melindungi kepala daripada hentakan serta mengurangkan risiko kecederaan otak dan kematian. Topi keledar hendaklah dipakai dengan betul dan dikunci kemas.

Bagi pemandu dan penumpang kenderaan, tali pinggang keledar membantu menahan tubuh daripada terhumban ketika berlaku kemalangan atau brek kecemasan. Walaupun mudah digunakan, pemakaiannya boleh memberi perlindungan yang besar.

Utamakan keselamatan, patuhi peraturan dan sentiasa gunakan peralatan keselamatan setiap kali berada di jalan raya.

Sumber:JPJMalaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …