DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Pada 26 Ogos 2026, Program Kembara Merdeka Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 2026 – Unity Ride “Penang to Perak” telah dilaksanakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69. Program bermula di perkarangan KOMTAR, Pulau Pinang dengan acara pelepasan konvoi yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Jafri bin Abdul Jalil. Konvoi kemudiannya melalui Plaza Tol Alor Pongsu dan Plaza Tol Changkat Jering sebelum tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah.
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, memupuk perpaduan serta mengeratkan hubungan kerjasama antara peserta dan pihak yang terlibat dari Pulau Pinang dan Perak. Selain itu, program ini turut membawa objektif kebajikan dan tanggungjawab sosial melalui kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit.
Program telah melibatkan kerjasama peserta konvoi, urus setia program, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah serta pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim Bait Al-Amin. Kunjungan tersebut membuka ruang kepada para peserta untuk beramah mesra dan menyantuni anak-anak yatim, sekali gus menterjemahkan semangat kemerdekaan melalui nilai kasih sayang, keprihatinan dan kebersamaan.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/MKNPenang



