LIBAT URUS KESELAMATAN NEGARA – PROGRAM JIWA MERDEKA, DAULAT NEGARA BERSAMA INSTITUT LATIHAN KKM (KEJURURAWATAN) KUALA PILAH

28 Ogos 2026: Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, MKN Negeri Sembilan mengambil kesempatan untuk melaksanakan program serampang dua mata dengan melaksanakan satu program dengan dua objektif yang berlainan. Di samping mewujudkan nilai patriotisme dan semangat cintakan negara bersempena dengan Hari Kebangsaan, penganjuran program ini juga bertujuan mewujudkan kesedaran pentingnya  bersama-sama menjaga keselamatan negara daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan di kalangan pelatih Institut Latihan KKM (Kejururawatan) Kuala Pilah yang akan menjadi penjawat awam sebaik sahaja menamatkan latihan mereka kelak.

Program ini juga dilihat dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara melalui aktiviti- aktiviti pelatih bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 69 dengan tema “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”  selain menjadi platform untuk pelatih Institut KKM mendekatkan diri dengan agensi keselamatan dan menyalurkan maklumat keselamatan di lapangan apabila diperlukan agensi keselamatan.

Antara pengisian program ini ialah taklimat keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan, pertandingan drama patriotik sebabak oleh Institut Latihan KKM (Kejururawatan) Kuala Pilah dan nyanyian lagu-lagu patriotisme dan kibaran Jalur Gemilang.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …