SYABAS KWSP WANGSA MAJU!

KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2020 – Satu tinjauan telah dilaksanakan oleh Tim Pemantauan Pematuhan SOP PKPB ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Wangsa Maju bagi memantau dan melihat keadaan semasa kehadiran orang ramai ke premis berkenaan. Ternyata berlaku peningkatan pengunjung yang hadir bagi membuat urusan-urusan berkaitan beberapa perkara yang melibatkan status akaun KWSP mereka. Keadaan berlaku susulan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berhubung kebenaran untuk pencarum mengeluarkan wang simpanan di dalam Akaun 1 KWSP di bawah skim i-Sinar.

 

Tinjauan adalah bertujuan untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan KWSP serta tahap kepatuhan masyarakat yang hadir bagi urusan tersebut. Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, mendapati premis serta kakitangan KWSP dilihat mematuhi serta fokus di dalam melaksanakan/mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan membuat perlaksanaan seperti berikut:

1) Pemeriksaan suhu pengunjung yang masuk ke premis perbankan;

2)  Menyediakan buku daftar masuk/mysejahtera QR code scanner;

3)  Penyediaan hand sanitizer;

4)  Penggunaan pelitup muka;

5)  Penjarakan sosial (social distancing);

6)  Penandaan yang dibuat pada kerusi, lantai, kuanter dan pintu masuk bagi tujuan untuk memastikan kawalan penjarakkan sosial;

7) Membuat pemantauan dan kawalan di dalam premis;

8) Menghadkan jumlah pengunjung yang berurusan di dalam premis bagi satu-satu masa;

9) Mewujudkan beberapa kaunter/PC tambahan kepada pengguna yang berurusan;

10) Mengsanitasi peralatan yang digunasama oleh pengguna;dan

11) Menggalakkan pengguna agar membuat temujanji bagi membuat sebarang urusan.

Pemantauan di luar premis mendapati pihak KWSP dibantu oleh pegawai dan anggota-anggota RELA yang bertugas mengawal serta memastikan kelancaran/pematuhan SOP setiap individu yang berbaris bagi menunggu giliran. Selain daripada itu, pihak pengurusan KWSP dilihat sentiasa memantau dan memastikan setiap pengunjung yang menggunakan perkhidmatan mereka mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Pemantauan akan terus dilaksanakan oleh tim task force operasi pematuhan bagi melihat tahap pematuhan pengguna yang berkunjung serta berurusan di premis KWSP ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya keadaan sesak serta pelanggaran SOP terutama bagi individu yang menunggu giliran  diluar premis perbankan.

Kaedah memberikan temujanji kepada individu yang ingin membuat urusan adalah cara yang sangat berkesan bagi mengawal jumlah kehadiran pengunjung ke premis berkenaan.

SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN KWSP WANGSA MAJU!

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut